Saturday 6 October 2012

Video Wudhuk



assalamualaikum semua.
ini kami kongsikan video pembelajaran bagi tajuk wudhuk
semoga kita beroleh manfaat daripada perkongsian ini
selamat menonton!

Thursday 4 October 2012

BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

Bahan 2 dan 3 dimensi (2D dan 3D) dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini akan merangsang pelajar untuk menggunakan pekbagai deria pelajar dalam pembelajaran mereka. Antara bahan tersebut termasuklah bahan bercetak, graf, carta selain realia, model dan objek sebenar. Bahan realia dan model-model merupakan bahan sebenar yang dibawa ke dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan bahan 2D dan 3D melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar.

Bagi tajuk ‘wuduk’ sebagaimana yang telah di pilih untuk diaplikasikan dalam RPH, kami telah merancang untuk membina bahan 3D iaitu sebuah model “Kolah Mini” yang mana akan kami gunakan pada awal pengajaran yang mana bahan ini akan bertindak sebagai set induksi.

“Kolah Mini” ciptaan kami ini diperbuat daripada kotak biasa yang mana telah dibalut dan dibentuk bahagian luarnya seakan-akan bentuk batu bata. Dengan saiz kotak yang digunakan 42cm x 32cm, maka model tersebut amat sesuai diberi nama kolah ‘mini’ berikutan perbezaan saiznya dengan saiz kolah yang sebenar.




Kolah mini ini juga turut dilengkapkan dengan batang paip dan kepala paip yang diperbuat daripada kertas dan polisterin yang dipotong berbentuk kepala paip. Pada bahagian dalamnya pula dilekatkan plastik nipis berwarna biru sebagai ilustrasi bagi menggantikan air di dalam kolah.
    
Bagi mendapatkan kesan yang lebih realistik, kami turut menambah bahan 3D lain iaitu sebuah gayung kecil yang diperbuat daripada kertas surat khabar lama dan diperkemaskan dengan pita pelekat jernih. Gabungan kedua-dua bahan 3D ini dilihat akan mampu menjadi bahan bantu dalam pengajaran kami.


Antara kelebihan yang kami dapat lihat terdapat pada bahan 3D berbentuk model kolah mini ciptaan kami ini ialah ianya mudah di bawa oleh guru kerana saiznya yang tidaklah terlalu besar dan kemasan yang tidak terlalu berselerak dan berserabut dengan bahan hiasan yang tidak diperlukan.

Selain itu, rupa bentuk kolah mini ini dilihat agak menarik meski pun ianya agak ringkas dan walau hanya berbentuk segi empat tepat yang biasa. Hal ini berikutan kerana, bagi pendapat kami sesuatu yang ringkas itu tidak bermakna inya tidak menarik dan tidak cantik. Bahkan kehadiran elemen hiasan yang terlalu sibuk dan item-item yang tidak diperlukan jika diletakkan pada bahan 3D dilihat hanya akan mengganggu fokus atau tumpuan pada subjek utama model. Justeru, model binaan kami ini hanya di buat dengan unsur ringkas tanpa kami abaikan beberapa unsur penting yang lain misalnya pemilihan warna, kekemasan buatan, saiz dan sebagainya.

Dalam pada itu juga, kolah mini ini mudah dibawa ke mana-mana kerana ianya tidaklah berat. Anggaran beratnya hanyalah seperti membawa sebuah kotak kosong sahaja. Justeru ini akan memudahkan guru untuk menggunakannya dan dibawa ke bilik darjah.

Selain itu, kolah mini ini semestinya akan menjanjikan sesi set induksi yang menarik kerana murid semestinya akan berasa ingin tahu tentang tajuk apakah yang akan dipelajari apabila terpandang akan model 3D ini. Dari situ, minat dan tumpuan murid akan diperoleh dan hal ini akan membawa kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti yang keseterusnya.

Satu-satunya kelemahan yang di kesan oleh kami yang terdapat pada model kami ini  ialah, bahagian kepala paip kolah mini ini akan mudah rosak sekiranya tidak dibawa dan dijaga dengan baik. Justeru, pengguna bahan 3D kami ini mestilah membawanya dengan cermat. Namun begitu, kekurangan ini tidak perlu dikhuatiri kerana sememangnya pengguna kepada bahan ini ialah seorang guru dan seorang guru itu sudah pasti seorang yang cermat dalam mengendalikan sesuatu bahan.

Power Point

assalamualaikum semua.
kali ini kami kongsikan pula power point yang telah kami hasilkan untuk aktiviti P&P.


[ klik di sini untuk download ]

Sunday 30 September 2012

RPH wuduk


2.0       RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran         : Pendidikan Islam
Kelas                          : 1 Cerdas
Tarikh                         : 24 September 2012
Masa                          : 9.15–9.45 pagi
Bilangan murid          : 25 orang
Bidang                       : Ibadah
Tajuk                          : Berwudhuk

PENGETAHUAN SEDIA ADA:
1     Sebahagian murid telah mengetahui apa itu wudhuk.
2     Sesetengah murid pernah berwudhuk.
3     Sesetengah murid telah mempelajari lafaz niat wudhuk.

STANDARD KANDUNGAN:
3.3       Menyatakan pengertian wudhuk.

STANDARD PEMBELAJARAN:
3.3.1   menyatakan pengertian wudhuk
3.3.3   membaca lafaz niat wudhuk serta ertinya
3.3.4   menyebut rukun-rukun wudhuk mengikut urutan

KEMAHIRAN BERFIKIR:
1     Murid mampu mengaitkan wudhuk dengan bersuci daripada hadas kecil.
2     Murid boleh berwudhuk dengan betul mengikut urutan.

PENYERAPAN:
Teknologi–penggunaan video, tayangan slide beranimasi, bahan bantu mengajar 3D

PENERAPAN NILAI:
1     Berdisiplin dan tertib dalam melakukan sesuatu perkara.
2     Sentiasa memastikan diri dalam keadaan bersih.
3     Mengamalkan cara berwudhuk yang betul dalam kehidupan.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM):
1     Komputer Riba                                 3   Papan Gulung
2     LCD                                                    4   ABM Objek 3D “Kolah Mini”

STRATEGI PENGAJARAN DAN PMBELAJARAN:
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan/
Alat
Pendahuluan
(2 minit)
Bacaan doa:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزئن رحمتك يا ارحم الرحمين
أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

1     Guru meminta murid yang bertugas untuk membaca doa.
2     Murid-murid lain bersama guru mengikuti bacaan doa yang dibimbing oleh murid tersebut, sambil mengaminkannya.

Set Induksi
(3 minit)
Objek 2D/3D:
Kolah Mini
Mangaitkan set induksi dengan pembelajaran.
1    Guru mempemerkan bahan 3D di hadapan kelas kepada murid.
2    Guru bersoal jawab dengan murid tentang bahan 3D yang dipamerkan.
3   Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran
Bahan 3D
Langkah 1
(5 minit)
Tayangan slide.
Pengertian wudhuk:
Wudhuk ialah membasuh anggota tertentu dengan menggunakan air mutlak


1     Guru mempamerkan slide yang mengandungi pengertian wudhuk menggunakan LCD.
2     Guru membaca pengertian wudhuk dan meminta murid mengikut secara kelas.
3     Guru menjelaskan pengertian sebenar wudhuk kepada murid-murid.
Komputer riba, LCD
Langkah 2
(5 minit)

  • Lafaz niat wudhuk serta niatnya  
" نويت رفع الحديث الأصغر لله تعالى"
“Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah taala.”


1     Guru memaparkan lafaz niat wudhuk dengan menggunakan papan gulung di hadapan kelas.
2     Guru membaca lafaz niat serta maksudnya kepada murid-murid
3     Guru meminta murid membaca bacaan wakil murid
4     Latih tubi menyebut lafaz niat serta maksudnya.
5     Guru memilih secara rawak beberapa orang murid untuk ditasmik
Papan gulung
Langkah 3
(10 minit)

Rukun wudhuk
·         Berniat
·         membasuh muka
·         membasuh pergelangan tangan hingga ke siku
·         menyapu sedikit air di kepala
·         membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali
·         tertib
1     Guru memaparkan video cara-cara berwudhuk melalui LCD kepada murid-murid
2     Guru meminta murid untuk menonton video dengan teliti
3     Guru membuat penerangan secara terperinci berkenaan rukun wudhuk
Video P&P
Penutup
(5 minit)

  1. Pengertian wudhuk
  2. Lafaz niat serta maksudnya
  3. Rukun wudhuk

1     Guru membuat rumusan pembelajaran.
2     Murid diminta mengulangkaji semula apa yang dipelajari.



Saturday 29 September 2012

cubaan cobaan


buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolok kan
kami budak baru belajar
kalau salah tolong tunjuk kan