Thursday, 4 October 2012

BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

Bahan 2 dan 3 dimensi (2D dan 3D) dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini akan merangsang pelajar untuk menggunakan pekbagai deria pelajar dalam pembelajaran mereka. Antara bahan tersebut termasuklah bahan bercetak, graf, carta selain realia, model dan objek sebenar. Bahan realia dan model-model merupakan bahan sebenar yang dibawa ke dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan bahan 2D dan 3D melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar.

Bagi tajuk ‘wuduk’ sebagaimana yang telah di pilih untuk diaplikasikan dalam RPH, kami telah merancang untuk membina bahan 3D iaitu sebuah model “Kolah Mini” yang mana akan kami gunakan pada awal pengajaran yang mana bahan ini akan bertindak sebagai set induksi.

“Kolah Mini” ciptaan kami ini diperbuat daripada kotak biasa yang mana telah dibalut dan dibentuk bahagian luarnya seakan-akan bentuk batu bata. Dengan saiz kotak yang digunakan 42cm x 32cm, maka model tersebut amat sesuai diberi nama kolah ‘mini’ berikutan perbezaan saiznya dengan saiz kolah yang sebenar.




Kolah mini ini juga turut dilengkapkan dengan batang paip dan kepala paip yang diperbuat daripada kertas dan polisterin yang dipotong berbentuk kepala paip. Pada bahagian dalamnya pula dilekatkan plastik nipis berwarna biru sebagai ilustrasi bagi menggantikan air di dalam kolah.
    
Bagi mendapatkan kesan yang lebih realistik, kami turut menambah bahan 3D lain iaitu sebuah gayung kecil yang diperbuat daripada kertas surat khabar lama dan diperkemaskan dengan pita pelekat jernih. Gabungan kedua-dua bahan 3D ini dilihat akan mampu menjadi bahan bantu dalam pengajaran kami.


Antara kelebihan yang kami dapat lihat terdapat pada bahan 3D berbentuk model kolah mini ciptaan kami ini ialah ianya mudah di bawa oleh guru kerana saiznya yang tidaklah terlalu besar dan kemasan yang tidak terlalu berselerak dan berserabut dengan bahan hiasan yang tidak diperlukan.

Selain itu, rupa bentuk kolah mini ini dilihat agak menarik meski pun ianya agak ringkas dan walau hanya berbentuk segi empat tepat yang biasa. Hal ini berikutan kerana, bagi pendapat kami sesuatu yang ringkas itu tidak bermakna inya tidak menarik dan tidak cantik. Bahkan kehadiran elemen hiasan yang terlalu sibuk dan item-item yang tidak diperlukan jika diletakkan pada bahan 3D dilihat hanya akan mengganggu fokus atau tumpuan pada subjek utama model. Justeru, model binaan kami ini hanya di buat dengan unsur ringkas tanpa kami abaikan beberapa unsur penting yang lain misalnya pemilihan warna, kekemasan buatan, saiz dan sebagainya.

Dalam pada itu juga, kolah mini ini mudah dibawa ke mana-mana kerana ianya tidaklah berat. Anggaran beratnya hanyalah seperti membawa sebuah kotak kosong sahaja. Justeru ini akan memudahkan guru untuk menggunakannya dan dibawa ke bilik darjah.

Selain itu, kolah mini ini semestinya akan menjanjikan sesi set induksi yang menarik kerana murid semestinya akan berasa ingin tahu tentang tajuk apakah yang akan dipelajari apabila terpandang akan model 3D ini. Dari situ, minat dan tumpuan murid akan diperoleh dan hal ini akan membawa kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti yang keseterusnya.

Satu-satunya kelemahan yang di kesan oleh kami yang terdapat pada model kami ini  ialah, bahagian kepala paip kolah mini ini akan mudah rosak sekiranya tidak dibawa dan dijaga dengan baik. Justeru, pengguna bahan 3D kami ini mestilah membawanya dengan cermat. Namun begitu, kekurangan ini tidak perlu dikhuatiri kerana sememangnya pengguna kepada bahan ini ialah seorang guru dan seorang guru itu sudah pasti seorang yang cermat dalam mengendalikan sesuatu bahan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment